Keredhaan...
Mungkin dalam hidup ini aku harus banyak redha sebab lagi beberapa hari sahaja lagi aku tidak akan bergelar pelajar lagi. Mungkin aku kerja ataupun sambung belajar kerana ku tahu perancangan ALLAH adalah yang terbaik.
Monday, December 16, 2019
BBM3410Satu2019: Minggu 9 Instagram Satu
KETENANGAN
Sebenarnya banyak je tempat untuk aku mencari ketenangan. Tetapi bila kau tengah kusut, runsing, serabut, aku lebih suka lakukan sesuatu yang boleh membuatkan hati aku gembira termasuklah berjalan-jalan di tengah bandar. Masa belajarlah nak terokai benda-benda baru. Nanti sudah habis belajar belum tentu dapat nikmat sebegini.
Sebenarnya banyak je tempat untuk aku mencari ketenangan. Tetapi bila kau tengah kusut, runsing, serabut, aku lebih suka lakukan sesuatu yang boleh membuatkan hati aku gembira termasuklah berjalan-jalan di tengah bandar. Masa belajarlah nak terokai benda-benda baru. Nanti sudah habis belajar belum tentu dapat nikmat sebegini.
BBM3410Satu2019: MINGGU 6 INSTRAGRAM
HAI ..
Saya merasakan bahawa kedua-dua gambar ini sangatlah bermakna kerana satu gambar bersama orang yang saya sayang manakala lagi satu gambar bersama satu pengalaman dalam hidup. Orang yang saya sayang tentulah kawan saya yang saya jadikan mereka idola dan petunjuk saya sekiranya saya buntu. Manakala sebelah gambar itu gambar saya pergi ke perkampungan orang asli dan melihat sendiri cara hidup dan budaya mereka. Sungguh menakjubkan....
Saya merasakan bahawa kedua-dua gambar ini sangatlah bermakna kerana satu gambar bersama orang yang saya sayang manakala lagi satu gambar bersama satu pengalaman dalam hidup. Orang yang saya sayang tentulah kawan saya yang saya jadikan mereka idola dan petunjuk saya sekiranya saya buntu. Manakala sebelah gambar itu gambar saya pergi ke perkampungan orang asli dan melihat sendiri cara hidup dan budaya mereka. Sungguh menakjubkan....
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY KUMPULAN)
https://www.youtube.com/watch?v=N1sP84enhBY
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA)
Hai semua!! Ada tak yang ingin mempelajri simpulan bahasa? Ha memang tepatlah masanya. Kerana di sini terdapat beberapa jenis simpulan bahasa yang mungkin anda tidak tahu ataupun tahu. Jadi apa tunggu lagi. Marilah kita saksikan simpulan bahasa disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang simpulan bahasa. Selamat menonton!!!
https://www.youtube.com/watch?v=mvIEcIOSDz4
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 3 (POTRET DAN SWAFOTO)
Ingin lihat antara ahli kumpulan D'Rose Production. Anda boleh sahaja melihat video ini di samping melihat riak wajah kami yang sangat lawa mungkin, kurang lawa mungkin. Semua gambar kami ambil secara potret dan swafoto. JADI APA TUNGGU LAGI TEKAN LINK YANG ADA DIBAWAH.
https://www.youtube.com/watch?v=-FClRvJccvQ
BBM3410Satu2019: VIDEO VLOG KONVOKESYEN UPM (BERKUMPULAN)
https://www.youtube.com/watch?v=MbynmBmQWcQ
BBM3410Satu2019: VIDEO ONE SHOT THREE LAYER (BERKUMPULAN)
Video kali ini kami mempersembahkan ala -ala pengantin tak jadi kahwin sebab pengantin lelaki lari. Pelikkan? Selalunya pengantin perempuan akan lari semasa majlis perkahwinan. Ini lain macam. Dalam video ini, kami harus memilih satu layer yang bergerak tidak kisahlah kenderaan ke, pokok ke, tiang ke. Asalkan bergerak. Jadi kumpulan kami memilih kenderaan kereta sebagai tiga layer kami.
Dalam video ini, saya memainkan peranan penting sebagai penyanyi latar. Sudah dua video saya jadi penyanyi latar. Orang lain tidak mahu nyanyi, jadi saya sukarela untuk menyanyi. Walaupun mimik mulut tidak sama dengan video ini tetapi saya tetap puas hati dalam menjalankan video ini.
https://www.youtube.com/watch?v=aw9bdjyMugo&t=35s
BBM3410Satu2019: VIDEO ONE SHOT TWO LAYER (BERKUMPULAN)
Video kali ini agak mencabar kerana video ini memerlukan menyanyi di samping melakonkan lakonan di belakang penyanyi. Kami harus memilih lagu dengan betul supaya selari dengan lakonan yang kami ingin sampaikan kerana lakonan di belakang tidak akan keluarkan suara. Jadi mungkin orang yang melihat video ini akan kurang faham tentang intipati yang ingin disampaikan. Jadi, kami menyusun dengan baik jalan cerita ini.
https://www.youtube.com/watch?v=JSI6nzqLSqQ&t=9s
BBM3410Satu2019: VIDEO ONE SHOT (BERKUMPULAN)
Hai semua yang masih bersama saya... Okay kali ini saya ingin menunjukkan satu video di mana kumpulan kami menari ala-ala senamrobik gitu. Lagu yang kami pilih adalah Hutang yang dinyanyikan oleh Floor 88. Tetapi lagu ini versi perempuan. Kami juga telah memilih bilik gelap(lupa pulak nama bilik ni) sebagai pentas kami nak gelek bagai. Menari ni mana boleh latih 2 hari je mestilah berhari-hari untuk mendapatkan tarian yang menakjubkan. Tiap-tiap malam kami melakukan latihan. Ketiak? Jangan tanyalah basak lenjun. Berulang-ulang kali kami buat latihan sehingga menjadi. Nampak mudah tapi payah. Tidak mengapa untuk Prof kesayangan. Lakukan sahaja. Lepas sahaja habis latihan apa lagi terlentang terus. Tidurr...
https://www.youtube.com/watch?v=_yyrCsPwqmA
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 2
Hai semua. Mari melihat video hasil daripada kumpulan D' Rose Production. Untuk video di atas banyak benda yang kami lakukan termasuklah kami harus pergi ke sesuatu tempat untuk mengambil gambar yang cantik. Sebab apa? Video di atas harus mengambil pelbagai jenis gambar antaranya pemandangan, silhoutte, kabur bunga atau benda dan macam-macam lagi. Sekiranya korang ingin dijadikan contoh dan rujukan, anda oleh saksikan video ini.
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)
NAK TAHU SAYA MAKAN APA? Tolonglah view dan like sebab saya ni kurang aktif dekat youtube. Bak kata budak zaman sekarang cakap " tak pandai nak main" Tekan sahaja tajuk youtube ini, anda akan lihat sebelas jenis makanan. Ada makanan yang tak masak lagi dan ada makanan yang sudah di masak. Mesti korang tertanya-tanya apa makanan yang tak masak lagikan kan.. Tentunya maggi kari perisa cintan hahaha. Kegemaran pelajar yang tengah sengket duit. Kalau rajin tolonglah blastkan links youtube ni. HAHAHA. Gurau-gurau
BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA
Suatu ketika aku rasa berputus asa, sedih, duka, gembira dalam kehidupan ku. Tetapi aku harus bersyukur kerana aku memiliki keluarga dan orang disekelilingku menyayangiku. Sungguh gembiranya dapat berkumpul satu keluarga dan berkongsi cerita setelah lama tidak balik ke kampung. Ayah adalah orang paling bahagia apabila anak kembarnya ingin pulang ke rumah. Walaupun ayah tampak garang tapi bila buat lawak pecah perut kami mendengarnya. Ada juga la kami mencadang ayah untuk memasuki maharajalawak tetapi takutlah ayah kami famous kena serbu dengan wartawan HAHAHA.
Aku: "Ayah, ayah, esok ani kerja tau".
Ayah: "Baru je balik rumah malam ni dah nak kerja esok pagi. Takpayah. Duduk je rumah"
Aku:" Mana boleh kena kerja jugak sebab dah janji"
Aku dan ayah terus diam dan tak bercakap. Aku ni bukan jenis dengar cakap. Yang tidak disuka orang, lagilah aku buat. Keesokannya,...
Aku: Ayah, pergi dulu kerja.
Ayah: ha pergilah. Hati-hati banyak polis. Nanti ada roadblock, ayah bagitahu.
Aku: Okay. Pergi dulu.
Semasa perjalanan ke tempat motor, tiba-tiba aku terfikir seketika di atas motor. Mungkin ayah aku sudah memberi kebebasan untuk aku untuk aku menentukan hidupku termasuklah keputusan aku untuk aku bekerja. Sebab selama ni semua keputusan ayah aku tentukan termasuklah belajar form 6, duduk asrama tingkatan 1 hingga 5, masuk universiti. Walaupunnya agak bosan sebab keputusan ditentukan oleh ayah, tapi bersyukur kerana keputusan yang diperutuskan oleh Allah melalui ayah cukup sempurna.
BBM3410Satu2019: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH
Mari saya berkongsi sedikit tips untuk memudahkan anda semua untuk belajar. Kadang-kadang saya belajar puun kelaut. Melayu dengan malas tidak dapat dipisahkan . begitulah juga kita ini yang mudah tergoda tambahan pula dengan pelbagai teknologi masa kini. Jadi nak dengar apa tips yang saya nak bagi ialah....yang pertama anda haruslah menyalin semula semua nota yang dipelajar. Ia beergantung kepada individu. Yang kedua adalah anda belajar secara berkumpulan. Ada sesetengah orang suka belajar secara berkumpulan kerana dapat banyak ilmu dan di samping dapat berkongsi idea. Selamat mencuba.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2019: Minggu 9 Instagram Dua
Keredhaan... Mungkin dalam hidup ini aku harus banyak redha sebab lagi beberapa hari sahaja lagi aku tidak akan bergelar pelajar lagi. Mun...
-
5. Bird eyes view Gambar ini diambil dari sudut yang atas seperti mana pandangan burung dari bawah Pandangan ini diambil di tingkat 10 ...
-
KETENANGAN Sebenarnya banyak je tempat untuk aku mencari ketenangan. Tetapi bila kau tengah kusut, runsing, serabut, aku lebih suka lakuka...