Pages

Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Suatu ketika aku rasa berputus asa, sedih, duka, gembira dalam kehidupan ku. Tetapi aku harus bersyukur kerana aku memiliki keluarga dan orang disekelilingku menyayangiku. Sungguh gembiranya dapat berkumpul satu keluarga dan berkongsi cerita setelah lama tidak balik ke kampung. Ayah adalah orang paling bahagia apabila anak kembarnya ingin pulang ke rumah. Walaupun ayah tampak garang tapi bila buat lawak pecah perut kami mendengarnya. Ada juga la kami mencadang ayah untuk memasuki maharajalawak tetapi takutlah ayah kami famous kena serbu dengan wartawan HAHAHA. 

Aku: "Ayah, ayah, esok ani kerja tau".
Ayah: "Baru je balik rumah malam ni dah nak kerja esok  pagi. Takpayah. Duduk je rumah"
Aku:" Mana boleh kena kerja jugak sebab dah janji"

Aku dan ayah terus diam dan tak bercakap. Aku ni bukan jenis dengar cakap. Yang tidak disuka orang, lagilah aku buat. Keesokannya,...

Aku: Ayah, pergi dulu kerja.
Ayah: ha pergilah. Hati-hati banyak polis. Nanti ada roadblock, ayah bagitahu.
Aku: Okay. Pergi dulu. 

Semasa perjalanan ke tempat motor, tiba-tiba aku terfikir seketika di atas motor. Mungkin ayah aku sudah memberi kebebasan untuk aku untuk aku menentukan hidupku termasuklah keputusan aku untuk aku bekerja. Sebab selama ni semua keputusan ayah aku tentukan termasuklah belajar form 6, duduk asrama tingkatan 1 hingga 5, masuk universiti. Walaupunnya agak bosan sebab keputusan ditentukan oleh ayah, tapi bersyukur kerana keputusan yang diperutuskan oleh Allah melalui ayah cukup sempurna. 


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Minggu 9 Instagram Dua

Keredhaan... Mungkin dalam hidup ini aku harus banyak redha sebab lagi beberapa hari sahaja lagi aku tidak akan bergelar pelajar lagi. Mun...