Thursday, September 26, 2019
BBM3410Satu2019: Masih Di Sini
Cerita yang saya tak dapat lupakan adalah ketika saya bekerja di sesebuah restoran iaitu di Mcdonald. Ketika itu saya mempunyai ramai kawan ada yang baik dan tidak baik. Kawan yang baik adalah sentiasa memberi nasihat kepada saya dan nemberi semangat kepada untuk terus berjaya ke hadapan. Kawan yang tidak baik tidak semestinya menjurus ke arah keburukan. Apabila saya berkawan dengan rakan tidak baik, dari situ saya dapat mendalami kehidupan mereka. Saya selalu balik lambat dalam pukul 3 4 pagi dan membuat ayah saya marah.
Sunday, September 22, 2019
BBM3410Satu2019: NenekdanDatuk
Alim dan keluarga pulang ke kampung sebelah bapanya yang berada di Kajang. Alim tidak sabar untuk pulang kerana ingin bermain dengan ayam dan itik. Apabila sampai, Alim terus keluar dan mencari ayam dan itik. Alim menangis kerana itik tiada. Nenek dan datuk berlari menuju ke Alim. Setelah mendengar luahan hatinya, mereka memberitahu bahawa mereka mempunyai reban yang baru dan membawanya. Rumah dan reban yang sudah berbeza. Alim tetap gembira walaupun suasana kampung yang berlainan.
Senaraikan jenis multimedia yang boleh digunakan untuk tujuan penyebaran sosial
1. Teks
Teks bentuk data multimedia yang paling mudah disimpan dab dikendalikan. Teks palinghampir dengan kita kerana kita sering kali menggunakan teks untuk menyampaikan maklumat.
2. Imej grafik
Sering kalu muncul sebagai latar belaksng sesuatu teks untuk menghadirkan kerangka yang indah
3. Audio
Bunyi dikaitkan sebagai pemangkin seri dalam persembahan multimedia jika paparan teks hanya memuatkan graf teks
4. Video
Rakaman gambar hidup atau gambar yang saling berurutan. Ia mudah untuk menarik perhatian penonton.
5. Animasi
Penggunaan komputer yang menciptakan gerak pada layar.
Senaraikan jenis multimedia yang boleh digunakan untuk tujuan penyebaran sosial
1. Teks
Teks bentuk data multimedia yang paling mudah disimpan dab dikendalikan. Teks palinghampir dengan kita kerana kita sering kali menggunakan teks untuk menyampaikan maklumat.
2. Imej grafik
Sering kalu muncul sebagai latar belaksng sesuatu teks untuk menghadirkan kerangka yang indah
3. Audio
Bunyi dikaitkan sebagai pemangkin seri dalam persembahan multimedia jika paparan teks hanya memuatkan graf teks
4. Video
Rakaman gambar hidup atau gambar yang saling berurutan. Ia mudah untuk menarik perhatian penonton.
5. Animasi
Penggunaan komputer yang menciptakan gerak pada layar.
BBM 3410Satu2019: EtikaPenulisanBlog
Setiap penulisan blog mempunyai etika yang tertentu apabila seseorang itu menulis blog. Daripada buku Media Sosial yang ditulis oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor. Dalam buku tersebut telah mengutarakan 10 etika penulisan blog. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk yang dipilih mestilah bersesuaian dan tidak menguris hati kepada pembaca. Pemilihan tajuk yang bersesuaian dan kata yang dipilih mestilah mudah dan boleh pembaca baca. Penulis blog mestilah kreatif dalam memilih tajuk seperti mengambil isu semasa untuk menulis sesuatu blog dengan memberi pandangan terhadapnya. Selain itu, cerita yang menarik dapat menarik pembaca untuk membaca. Oleh itu, jalan cerita memainkan peranan dalam setiap penulisan blog. Setiap cerita mempunyai cerita permulaaan, klimaks dan pengakhiran. Cerita yang tergantung menyebabkan pembaca tertanya tentang cerita tersebut.
Etika dalam men ulis blog adalah dengan memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Ini adalah salah satu untuk menarik pembaca untuk membaca. Penulis blog boleh juga meletakkan jalan cerita yang ada unsur kelakar misalnya meletakkan perkataan yang lawak dan santai.
Di samping itu, penulis mestilah memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan. Hujah itu mestilah relevan dan tepat yang boleh diterimapakai oleh pembaca. Hujah yang diujarkan mestilah tidak menyentuh sensitiviti seseorang tersebut misalnya membezakan dan memgkritik sesuatu kaum tersebut. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Pembaca lebih suka membaca cerita semasa kerana isu semasa dekat dengan hati pembaca. Selain itu, penulis mestilah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ini kerana dapat memudahkan pembaca untuk memahaminya. Oleh itu, penulis disarankan untuk menulis perkataan yang sesuai mengikut jalan. Etika lain adalah sesuatu penulisan blog dapat dibaca dan difahami oleh setiap pembaca. Penulisan blog yang baik berdasarkan keterimaan pembaca terhadap blog tersebut.
Etika penulisan blog adalah setiap penulisan blog dapat berkomunikasi dengan pembaca. Oleh itu, pembaca haruslah hidupkan sesuatu blog tersebut sebagai contoh penulis blog menanyakan sesuatu ataupun menyapa pembaca dengan nenanyakan sesuatu. Selain itu, penulis blog memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog. Keindahan sesuatu blog dapat menarik pembaca untuk membaca. Moral yang baik dan nilai murni haruslah diterapkan dalam penulisan blog tersebut. Akhir sekali. Blog tersebut mempunyai ciri berilmu untuk penulisan pendidikan. Antara pembaca blog adalah golongan muda. Oleh itu, banyakkan cerita yang berunsurkan pendidikan.
Friday, September 20, 2019
BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM
Lagu & lirik: Professor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak cipta: Universiti Putra Malaysia
Saya kata " Apa khabar"
Dia jawab"Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya
Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya
Terima kasih
sama-sama
Untuk dia
Untuk saya
Terima kasih
sama-sama
Untuk dia
Untuk saya
Hak cipta: Universiti Putra Malaysia
Saya kata " Apa khabar"
Dia jawab"Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya
Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya
Terima kasih
sama-sama
Untuk dia
Untuk saya
Terima kasih
sama-sama
Untuk dia
Untuk saya
BBM3410Satu2019:DIRI
Assalamuailaikum semua.Adakah anda sihat semua? Ini merupakan blog pertama. Jadi, saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama diberi NurElyani binti Meor Zambri. Tetapi orang panggil saya bunga. Ehh, tidak.Selalunya orang mengelarkan saya dengan yani ataupun elyani. Nama ini tidaklah setanding instrafemes. Cerita tentang kehidupan saya tidaklah menarik cerita orang lain. kalau ditanya umur saya tidak sesuai dengan muka saya sekarang. Umur saya sekarang adalah 23 tahun. Sekarang saya sedang belajar di sebuah universiti.. Serius saya katakan saya lebih suka bekerja berbanding belajar. Kemahuan ibubapa yang aku masih ada di sini dan masih menuntut ilmu. Aku percaya segala yang terjadi ada hikmahnya. Apa yang saya impikan dalam hidup ini adalah hidup yang bahagia. Harapan ibbapa yang membuatkan aku tak pernah putus asa. Tipulah tidak pernah putus. Itu sahaja dari saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2019: Minggu 9 Instagram Dua
Keredhaan... Mungkin dalam hidup ini aku harus banyak redha sebab lagi beberapa hari sahaja lagi aku tidak akan bergelar pelajar lagi. Mun...
-
5. Bird eyes view Gambar ini diambil dari sudut yang atas seperti mana pandangan burung dari bawah Pandangan ini diambil di tingkat 10 ...
-
KETENANGAN Sebenarnya banyak je tempat untuk aku mencari ketenangan. Tetapi bila kau tengah kusut, runsing, serabut, aku lebih suka lakuka...