Pages

Sunday, September 22, 2019

BBM 3410Satu2019: EtikaPenulisanBlog

Setiap penulisan blog mempunyai etika yang tertentu apabila seseorang itu menulis blog. Daripada buku Media Sosial yang ditulis oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor. Dalam buku tersebut telah mengutarakan 10 etika penulisan blog. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk yang dipilih mestilah bersesuaian dan tidak menguris hati kepada pembaca. Pemilihan tajuk yang bersesuaian dan kata yang dipilih mestilah mudah dan boleh pembaca baca. Penulis blog mestilah kreatif dalam memilih tajuk seperti mengambil isu semasa untuk menulis sesuatu blog dengan memberi pandangan terhadapnya.  Selain itu, cerita yang menarik dapat menarik pembaca untuk membaca. Oleh itu, jalan cerita memainkan peranan dalam setiap penulisan blog. Setiap cerita mempunyai cerita permulaaan, klimaks dan pengakhiran. Cerita yang tergantung menyebabkan pembaca tertanya tentang cerita tersebut.

Etika dalam men ulis blog adalah dengan memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Ini adalah salah satu untuk menarik pembaca untuk membaca. Penulis blog boleh juga meletakkan jalan cerita yang  ada unsur kelakar misalnya meletakkan perkataan yang lawak dan santai.
Di samping itu, penulis mestilah memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan. Hujah itu mestilah relevan dan tepat yang boleh diterimapakai oleh pembaca. Hujah yang diujarkan mestilah tidak menyentuh sensitiviti seseorang tersebut misalnya membezakan dan memgkritik sesuatu kaum tersebut. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Pembaca lebih suka membaca cerita semasa kerana isu semasa dekat dengan hati pembaca.  Selain itu, penulis mestilah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ini kerana dapat memudahkan pembaca untuk memahaminya. Oleh itu, penulis disarankan untuk menulis perkataan yang sesuai mengikut jalan. Etika lain adalah sesuatu penulisan blog dapat dibaca dan difahami oleh setiap pembaca. Penulisan blog yang baik berdasarkan keterimaan pembaca terhadap blog tersebut. 

Etika penulisan blog adalah setiap penulisan blog dapat berkomunikasi dengan pembaca. Oleh itu, pembaca haruslah hidupkan sesuatu blog tersebut sebagai contoh penulis blog menanyakan sesuatu ataupun menyapa pembaca dengan nenanyakan sesuatu. Selain itu, penulis blog memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog. Keindahan sesuatu blog dapat menarik pembaca untuk membaca. Moral yang baik dan nilai murni haruslah diterapkan dalam penulisan blog tersebut. Akhir sekali. Blog tersebut mempunyai ciri berilmu untuk penulisan pendidikan. Antara pembaca blog adalah golongan muda. Oleh itu, banyakkan cerita yang berunsurkan pendidikan.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Minggu 9 Instagram Dua

Keredhaan... Mungkin dalam hidup ini aku harus banyak redha sebab lagi beberapa hari sahaja lagi aku tidak akan bergelar pelajar lagi. Mun...