Pages

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalan Kelas Bahasa


BUKU PALING HANGAT : EH MEDIA SOSIAL
Kajian ini memudahkan pelajar untuk mengetahui bagaimana blog membolehkan untuk meningkatkan keyakinan, kreativiti, pemilikan diri dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal dalam menulis sesuatu blog. Walaupun ada yang berpendapat bahawa kaum perempuan lebih suka menulis blog berbanding lelaki. Tetapi pada masa kini ramai kaum lelaki yang suka berkarya dengan kreatif. Blog dalam pembelajaran juga penting dalam mencipta komunikasi dua hala antara pelajar bersama pelajar atau antara pelajar bersama tenaga pengajar bagi menyelesaikan tugasan atau untuk mengekalkan hubungan sosial. Blog juga penting dalam menulis idea secara kreatif dan memberi penulis blog untuk menonjolkan kelebihan diri mereka itu luar daripada alam maya. Kajian ini juga telah memberikan tunjuk ajar untuk menulis blog dengan baik antaranya tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca dan cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca.
            Kajian blog di dalam Pengajian Kesusasteraan telah menunjukkan kaum perempuan lebih menulis di blog. Genre bagi pengajian kesuasteraan adalah puisi,cerpen, skrip drama dan pantun. Dalam pengajian kesusasteraan, cerita pendek lebih ramai yang menulis menggunakan kaedah tersebut. Cerpen pendek juga boleh untuk menambahkan peningkatan yang baik dari segi penulisan. Jadi pendapat saya, ramai penulis blog suka menulis blog menggunakan cerita pendek kerana cerita pendek dapat memberi satu imaginasi terhadap sesuatu cerita. Cerita pendek membolehkan seseorang untuk berimaginasi tentang apa yang mereka tulis. Kajian ini juga mampu berkongsi skrip melalui blog dan menulis apa sahaja dalam skrip. 
            Selain itu, kajian blog dalam pembelajaran teknologi telah menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan menyukainya untuk berkarya dalam blog. Teknologi seperti memasukkan video, audio dan gambar ke dalam blog. Didapati video dan audio menjadi pilihan responden dalam menulis blog dalam pembelajaran teknologi. Pada pendapat saya, dengan adanya teknologi yang canggih dapat memudahkan para penulis blog untuk memindahkan gambar pada blog masing-masing.
Kajian blog dalam pembelajaran Bahasa pula ramai perempuan yang suka menulis blog kerana melalui blog perempuan dapat meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis. Bagi lelaki mungkin tidak suka menulis memandangkan mereka lebih suka bercakap secara bersemuka dengan seseorang.
Bagi ketiga-tiga kajian ini, saya mendapati bahawa blog dalam pembelajaran Bahasa sangat penting untuk mendidik pelajar supaya berminat dalam menulis blog.

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Over the shoulder (D'Rose Production)

6. Over the shoulder
Gambar diambil di belakang bahu seseorang.

Lima orang sedang memegang bunga dan gambar tersebut diambil dari belakang bahu rakan yang lain.

Gambar dari belakang bahu yang diambil telah membuatkan mereka yakin untuk bergambar


Gambar ini diambil pada bahu sebelah kiri dan ahli kumpulan berasa seronok untuk membuat penggambaraan

BBM3410Satu2019: Bird Eye View ( D'Rose Production)

5. Bird eyes view
Gambar ini diambil dari sudut yang atas seperti mana pandangan burung dari bawah

Pandangan ini diambil di tingkat 10 dari atas apartmen. Kelihatan kolam renang yang cantik dan pemandangan yang tenang.

Gambar yang diambil di tempat letak kereta dan terdapat pokok-pokok kehijauan

Gambar dari atas bangunan ketika malam. Lampu-lampu yang menyuluh agar kelihatan terang

BBM3410Satu2019: Mug shot ( D'RoseProduction)

4. Mug shot
Gambar mug shot diambil untuk menunjukkan sesuatu perasaan misalnya sedih, gembira dan sebagainya.

Nadiah berasa sedih kerana dia tidak dapat mengikuti rakan yang lain ke pusat beli-belah

Jangan main-main dengan Aisyah. Garang orangnya

Muka gembira apabila dapat coklat dari teman istimewa


BBM 3410Satu2019: close up ( D'Rose Production)

3. Close up
Gambar ini diambil secara dekat dan ia kelihatan gambar ingin membuat gambar kad pengenalan

a) close up manusia

Elyani sedang mengambi gambar untuk diletakkan di borang permohonan praktikal
Kehidupan  Zalinah berwarna-warni seperti payung yang dipegang
Amira yang sedang baring di atas jalan untuk mendapatkan hasil gambar yang unik

b) close up bukan manusia

Ikan yang hidup dalam keseorangan di dalam akuarium

Daun bunga ini apabila disentuh akan menjadi layu

Titisan air hujan semasa hujan rintik

BBM3410Satu2019: Long Shot (D'Rose Production)

2. Long shot
Sesuatu gambar yang diambil dari jarak jauh supaya gambar yang dihasil adalah seimbang. Seimbang boleh dikatakan kedua-dua belah gambar kiri dan kanan tersebut mempunyai keseimbangan apabila melihatnya.

a) long shot pemandangan dan manusia

Seorang manusia yang sedang berjalan dan diambil gambar dari jarak jauh
Perjalanan pulang ahli kumpulan D'Rose Production ke bilik setelah selesai penggambaraan
Terdapat tiga orang perempuan yang berada di padang sambil melihat burung-burung berterangan

b) long shot pemandangan

Gambar apabila bukit Ekspo ketiadaan orang untuk beriadah
Kehijauan gambar menunjukkan gambar ini seperti hidup
Suasana laut yang sungguh menenangkan

BBM3410Satu: Medium Shot (D'Rose Production)

Hai, hari ini saya ingin kongsikan kepada semua pembaca asas grafik dalam multimedia.

1. Medium shot manusia
     Gambar medium shot manusia               memperlihatkan gambar manusia diambil secara kecil.


Athirah, Zalinah dan Latiffah yang sedang duduk di lalang semasa sesi pengambilan di ambil.
Tiga gadis sedang membetulkan tudung dan berkongsi cermin agar kelihatan cantik dan kemas
Nadiah, Elyana dan Aisyah gembira apabila gambar mereka diambil sambil memegang belon

2. Medium shot manusia dan pemandangan
Sesuatu gambar seseorang kelihatan cantik apabila belakang gambar seseorang mempunyai pemandangan yang cantik
 Elyana dan Elyani sedang menunjukkan kasih sayang mereka dengan membentuk bentuk cinta
Prinsip Azmimi adalah sediakan payung sebelum hujan
Zulfatul berasa berada di luar negara

Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini



Cerita yang saya tak dapat lupakan adalah ketika saya bekerja di sesebuah restoran iaitu di Mcdonald. Ketika itu saya mempunyai ramai kawan ada yang baik dan tidak baik. Kawan yang baik adalah sentiasa memberi nasihat kepada saya dan nemberi semangat kepada untuk terus berjaya ke hadapan.  Kawan yang tidak baik tidak semestinya menjurus ke arah keburukan. Apabila saya berkawan dengan rakan tidak baik, dari situ saya dapat mendalami kehidupan mereka. Saya selalu balik lambat dalam pukul 3 4 pagi dan membuat ayah saya marah.

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: NenekdanDatuk

Alim dan keluarga pulang ke kampung sebelah bapanya yang berada di Kajang. Alim tidak sabar untuk pulang kerana ingin bermain dengan ayam dan itik. Apabila sampai, Alim terus keluar dan mencari ayam dan itik. Alim menangis kerana itik tiada. Nenek dan datuk berlari menuju ke Alim. Setelah mendengar luahan hatinya, mereka memberitahu bahawa mereka mempunyai reban yang baru dan membawanya. Rumah dan reban yang sudah berbeza.  Alim tetap gembira walaupun suasana kampung yang berlainan.


Senaraikan jenis multimedia yang boleh digunakan untuk tujuan penyebaran sosial

1. Teks
Teks bentuk data multimedia yang paling mudah disimpan dab dikendalikan. Teks palinghampir dengan kita kerana kita sering kali menggunakan teks untuk menyampaikan maklumat.

2. Imej grafik
Sering kalu muncul sebagai latar belaksng sesuatu teks untuk menghadirkan kerangka yang indah

3. Audio
Bunyi dikaitkan sebagai pemangkin seri dalam persembahan multimedia jika paparan teks hanya memuatkan graf teks

4. Video
Rakaman gambar hidup atau gambar yang saling berurutan. Ia mudah untuk menarik perhatian penonton.

5. Animasi
Penggunaan komputer yang menciptakan gerak pada layar.

BBM 3410Satu2019: EtikaPenulisanBlog

Setiap penulisan blog mempunyai etika yang tertentu apabila seseorang itu menulis blog. Daripada buku Media Sosial yang ditulis oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor. Dalam buku tersebut telah mengutarakan 10 etika penulisan blog. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk yang dipilih mestilah bersesuaian dan tidak menguris hati kepada pembaca. Pemilihan tajuk yang bersesuaian dan kata yang dipilih mestilah mudah dan boleh pembaca baca. Penulis blog mestilah kreatif dalam memilih tajuk seperti mengambil isu semasa untuk menulis sesuatu blog dengan memberi pandangan terhadapnya.  Selain itu, cerita yang menarik dapat menarik pembaca untuk membaca. Oleh itu, jalan cerita memainkan peranan dalam setiap penulisan blog. Setiap cerita mempunyai cerita permulaaan, klimaks dan pengakhiran. Cerita yang tergantung menyebabkan pembaca tertanya tentang cerita tersebut.

Etika dalam men ulis blog adalah dengan memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Ini adalah salah satu untuk menarik pembaca untuk membaca. Penulis blog boleh juga meletakkan jalan cerita yang  ada unsur kelakar misalnya meletakkan perkataan yang lawak dan santai.
Di samping itu, penulis mestilah memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan. Hujah itu mestilah relevan dan tepat yang boleh diterimapakai oleh pembaca. Hujah yang diujarkan mestilah tidak menyentuh sensitiviti seseorang tersebut misalnya membezakan dan memgkritik sesuatu kaum tersebut. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Pembaca lebih suka membaca cerita semasa kerana isu semasa dekat dengan hati pembaca.  Selain itu, penulis mestilah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ini kerana dapat memudahkan pembaca untuk memahaminya. Oleh itu, penulis disarankan untuk menulis perkataan yang sesuai mengikut jalan. Etika lain adalah sesuatu penulisan blog dapat dibaca dan difahami oleh setiap pembaca. Penulisan blog yang baik berdasarkan keterimaan pembaca terhadap blog tersebut. 

Etika penulisan blog adalah setiap penulisan blog dapat berkomunikasi dengan pembaca. Oleh itu, pembaca haruslah hidupkan sesuatu blog tersebut sebagai contoh penulis blog menanyakan sesuatu ataupun menyapa pembaca dengan nenanyakan sesuatu. Selain itu, penulis blog memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog. Keindahan sesuatu blog dapat menarik pembaca untuk membaca. Moral yang baik dan nilai murni haruslah diterapkan dalam penulisan blog tersebut. Akhir sekali. Blog tersebut mempunyai ciri berilmu untuk penulisan pendidikan. Antara pembaca blog adalah golongan muda. Oleh itu, banyakkan cerita yang berunsurkan pendidikan.

Friday, September 20, 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & lirik: Professor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak cipta: Universiti Putra Malaysia


Saya kata " Apa khabar"
Dia jawab"Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

BBM3410Satu2019: Minggu 9 Instagram Dua

Keredhaan... Mungkin dalam hidup ini aku harus banyak redha sebab lagi beberapa hari sahaja lagi aku tidak akan bergelar pelajar lagi. Mun...