Pages

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalan Kelas Bahasa


BUKU PALING HANGAT : EH MEDIA SOSIAL
Kajian ini memudahkan pelajar untuk mengetahui bagaimana blog membolehkan untuk meningkatkan keyakinan, kreativiti, pemilikan diri dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal dalam menulis sesuatu blog. Walaupun ada yang berpendapat bahawa kaum perempuan lebih suka menulis blog berbanding lelaki. Tetapi pada masa kini ramai kaum lelaki yang suka berkarya dengan kreatif. Blog dalam pembelajaran juga penting dalam mencipta komunikasi dua hala antara pelajar bersama pelajar atau antara pelajar bersama tenaga pengajar bagi menyelesaikan tugasan atau untuk mengekalkan hubungan sosial. Blog juga penting dalam menulis idea secara kreatif dan memberi penulis blog untuk menonjolkan kelebihan diri mereka itu luar daripada alam maya. Kajian ini juga telah memberikan tunjuk ajar untuk menulis blog dengan baik antaranya tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca dan cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca.
            Kajian blog di dalam Pengajian Kesusasteraan telah menunjukkan kaum perempuan lebih menulis di blog. Genre bagi pengajian kesuasteraan adalah puisi,cerpen, skrip drama dan pantun. Dalam pengajian kesusasteraan, cerita pendek lebih ramai yang menulis menggunakan kaedah tersebut. Cerpen pendek juga boleh untuk menambahkan peningkatan yang baik dari segi penulisan. Jadi pendapat saya, ramai penulis blog suka menulis blog menggunakan cerita pendek kerana cerita pendek dapat memberi satu imaginasi terhadap sesuatu cerita. Cerita pendek membolehkan seseorang untuk berimaginasi tentang apa yang mereka tulis. Kajian ini juga mampu berkongsi skrip melalui blog dan menulis apa sahaja dalam skrip. 
            Selain itu, kajian blog dalam pembelajaran teknologi telah menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan menyukainya untuk berkarya dalam blog. Teknologi seperti memasukkan video, audio dan gambar ke dalam blog. Didapati video dan audio menjadi pilihan responden dalam menulis blog dalam pembelajaran teknologi. Pada pendapat saya, dengan adanya teknologi yang canggih dapat memudahkan para penulis blog untuk memindahkan gambar pada blog masing-masing.
Kajian blog dalam pembelajaran Bahasa pula ramai perempuan yang suka menulis blog kerana melalui blog perempuan dapat meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis. Bagi lelaki mungkin tidak suka menulis memandangkan mereka lebih suka bercakap secara bersemuka dengan seseorang.
Bagi ketiga-tiga kajian ini, saya mendapati bahawa blog dalam pembelajaran Bahasa sangat penting untuk mendidik pelajar supaya berminat dalam menulis blog.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Minggu 9 Instagram Dua

Keredhaan... Mungkin dalam hidup ini aku harus banyak redha sebab lagi beberapa hari sahaja lagi aku tidak akan bergelar pelajar lagi. Mun...