BUKU PALING HANGAT : EH MEDIA SOSIAL
Kajian ini memudahkan pelajar untuk
mengetahui bagaimana blog membolehkan untuk meningkatkan keyakinan, kreativiti,
pemilikan diri dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal dalam
menulis sesuatu blog. Walaupun ada yang berpendapat bahawa kaum perempuan lebih
suka menulis blog berbanding lelaki. Tetapi pada masa kini ramai kaum lelaki
yang suka berkarya dengan kreatif. Blog dalam pembelajaran juga penting dalam
mencipta komunikasi dua hala antara pelajar bersama pelajar atau antara pelajar
bersama tenaga pengajar bagi menyelesaikan tugasan atau untuk mengekalkan
hubungan sosial. Blog juga penting dalam menulis idea secara kreatif dan memberi
penulis blog untuk menonjolkan kelebihan diri mereka itu luar daripada alam
maya. Kajian ini juga telah memberikan tunjuk ajar untuk menulis blog dengan
baik antaranya tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca dan
cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Kajian
blog di dalam Pengajian Kesusasteraan telah menunjukkan kaum perempuan lebih
menulis di blog. Genre bagi pengajian kesuasteraan adalah puisi,cerpen, skrip
drama dan pantun. Dalam pengajian kesusasteraan, cerita pendek lebih ramai yang
menulis menggunakan kaedah tersebut. Cerpen pendek juga boleh untuk menambahkan
peningkatan yang baik dari segi penulisan. Jadi pendapat saya, ramai penulis
blog suka menulis blog menggunakan cerita pendek kerana cerita pendek dapat
memberi satu imaginasi terhadap sesuatu cerita. Cerita pendek membolehkan
seseorang untuk berimaginasi tentang apa yang mereka tulis. Kajian ini juga
mampu berkongsi skrip melalui blog dan menulis apa sahaja dalam skrip.
Selain itu, kajian blog dalam
pembelajaran teknologi telah menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan
menyukainya untuk berkarya dalam blog. Teknologi seperti memasukkan video,
audio dan gambar ke dalam blog. Didapati video dan audio menjadi pilihan
responden dalam menulis blog dalam pembelajaran teknologi. Pada pendapat saya,
dengan adanya teknologi yang canggih dapat memudahkan para penulis blog untuk
memindahkan gambar pada blog masing-masing.
Kajian blog dalam pembelajaran Bahasa pula
ramai perempuan yang suka menulis blog kerana melalui blog perempuan dapat
meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis. Bagi lelaki mungkin tidak
suka menulis memandangkan mereka lebih suka bercakap secara bersemuka dengan
seseorang.
Bagi ketiga-tiga kajian ini, saya
mendapati bahawa blog dalam pembelajaran Bahasa sangat penting untuk mendidik
pelajar supaya berminat dalam menulis blog.