Pages

Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku kajian Wacana danStrategi komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Buku sangat  berguna kepada pembaca yang membacanya. Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi telah menerangkan pelbagai definisi wacana. Antara pelopor ialah Hawthorn (1992), Fowler (1991), Brown & Yule (1983) dan Stubbs (1983).  Bab 1 telah menerangkan definisi wacana dari pelbagai aspek komunikasi yang harus dianalisis dengan tepat. Aspek sosiologi dititikberatkan dalam hubungan konteks sosial dari segi linguistik.

Bab dua pula adalah menerangkan teori analisis wacana antara teorinya ialah teori analisis wacana Brown & Yule. Empat elemen yang telah dikemukakan iaitu kajian teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Teori dari Stubbs mengkaji unit linguisik and tumpuannya terhadap dengan penggunaan Bahasa dalam konteks sosial. Bab ini juga menghuraikan teori kesopanan dalam berinteraksi untuk meningkatkan keyakinan diri  dan erdapa kesopanan posiif ataupun kesopanan negatif. 
Bab ini telah memperkenalkan konsep wajah dalam menggambarkn kesopanan seseorang. Bab tiga telah menerapkan nilai murni, sosial dan sebagainya untuk diterapkan dalam masyarakat mahupun individu supaya diberikan kesedaran. Pelbagai teknik diketengahkan contohnya temu bual dan pemerhatian, prosedur dan analisis.

Pelbagai taktik digunakan misalnya peralatan, mesej dalam menyampaikan sebutan ataupun ujaran dan dapat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia yang diterangkan di bab empat. Dalam bab ini menerangkan strategi komunikasi yang dilakukan untuk bernilai untuk disebarkan melalui strategi komunikasi dan penyampaian yang berkesan dan sekali gus dapat mengembangkan idea terhadap sesuatu perkara. Bab lima telah mengemukakan lima elemen iaitu pengelakan, parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan mimikan. Bab ini menerangkan idea yang digunakan oleh manusia dan benda adalah untuk merncapai kejelasan yang lebih besar. Selain itu, strategi ini pengurangan seperti pengelakan mesej, penukaran mesej, peminjaman dan bukan verbal.untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat.

Bab enam telah membincangkan 16 strategi komunikasi dan menggunakan frekuensi bagi setiap strategi komunikasi. Antara pendekatannya ialah singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian, percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri, topik berlainan dan sebagainya. Bab tujuh telah mengemukakan cadagan dan pandangan berdasarkan wacana yang telah dibincangkan.



Harga buku: RM20


Rujukan:

Brown&Yule, G. (1983). Discourse Analysis. Cambridge; Cambridge University Press.

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UTM).




BBM3410Satu2019: Minggu 9 Instagram Dua

Keredhaan... Mungkin dalam hidup ini aku harus banyak redha sebab lagi beberapa hari sahaja lagi aku tidak akan bergelar pelajar lagi. Mun...